Kenangan di zaman kanak-kanak terutamanya zaman persekolahan mempunyai tempat yang istimewa di hati kita. Masih melekat di ingatan nama kawan-kawan yang akrab di zaman sekolah rendah dulu. Setiap hari begitu bersemangat untuk ke sekolah bertemu mereka. Nak makan sama-sama, main sama-sama dan macam-macam lagi...emmm di manalah agaknya sahabat Azfa seperti Azrina, Shimah, Raihan dan Sarizah. Yang lelaki seperti Ali, Zul, Nazir dan Lan. Yang pasti semuanya sibuk dengan kehidupan masing2..didoakan agar mereka berada di bawah lindungan rahmat yang Esa..amin
Terimbau kenangan sendiri bila malam semalam kami sekeluarga menghadiri jamuan makan malam tahun 6 sekolah anak yang diberi nama
Malam 1000 Kenangan. Begitu hebat penganjurannya dan begitu nostalgik acaranya untuk membawa kembali memori mereka selama 6 tahun di SKDP. Vt ditayangkan menggamit kenangan2 bersama anak2 yang diraikan. Mereka ketawa, tersenyum dan begitu riang sekali tambahan pula dengan kehadiran ibubapa yang sentiasa sporting.
|
Persembahan tarian oleh pelajar-pelajar tahun 6 |
|
Pasangan Azfa ( childhood sweetheart) |
|
Tema Merah Hitam |
|
Candy Island yang telah lengang seperti disambar garuda |
|
Dekorasi pentas ilham bersama guru2 dan ibubapa |
Zaman Azfa dulu jauh sekali nak diraikan sehebat ini. Apatah lagi bersekolah nun jauh di pendalaman memang tak pernah terlintas di fikiran bab-bab keraian. Tapi syukur alhamdulillah kerana dapat menumpang tuah anak-anak yang dilahirkan dalam arus kemodenan dan berpeluang membesar dan menimba ilmu di sebuah sekolah di bandaraya Kuala Lumpur ini. Semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat. aminn.
No comments:
Post a Comment