Wednesday, 25 November 2015

Kraf Felt untuk anak-anak


Cuti sekolah akhir tahun sudahpun bermula. Seronoknya anak-anak kita dapat bercuti panjang. Yang tinggal di asrama bertambah-tambah lah seronoknya. Dapat tinggal di rumah lama-lama..ganti tidur..menonton tv..bergajet dan sebagainya. Ibubapa pula merancang nak bawa pergi bercutilah..makan-makan sekeluarga nak hantar ke kem motivasi lah dan berbagai agenda lagi.  Namun masih banyak masa terluang anak-anak kita ni..kenalah buat perkara-perkara yang berfaedah. Takkan sepanjang cuti nak tengok tv je kan..

Apa kata kita ajak nak-anak kita berkraftangan. Contohnya kraf daripada kain felt. Kanak-kanak tentu suka. Selain untuk koleksi peribadi ianya boleh dijual kepada kawan-kawan..maknanya mereka juga belajar menjadi usahawan..Azfa berikan contoh yang boleh anak-anak tiru ye..

Boleh cuba rantai kunci si burung hantu

                             

Comel kan pensel burung hantu ni! Cantik dan sesuai untuk dijadikan hadiah. Ini adalah idea deko Cikgu Morni. Tahniah dan teruskan berkarya.

Boleh juga cuba rantai kunci karipap cinta ni..

Banyak lagi perkara yang kita boleh hasilkan daripada felt. Azfa ada sedia kit permulaan untuk belajar menjahit felt ni..sekurang-kurangnya 2 biji karipap cinta dapat dihasilkan daripada kit ini.
Harganya cuma RM 10 termasuk kos pos. 


Oklah setakat ini dulu ye..hari ini hari rabu ada pasar malam di Taman Maluri..so dah lapar ni kena pergi beli makanan dulu..ADIOS!!!




No comments:

Post a Comment