Saturday, 7 November 2015

Cerita Langsir

Hari ni Sabtu 7 Nov 2015..
Hari cuti bagi kebanyakan yang bekerja makan gaji..Azfa tak cuti..tiap2 hari kerja. Cumanya tak le masuk ofis awal macam biasa. Kerja sendiri mana boleh cuti..sebab kita yang nak bayar gaji. Otak sentiasa kena kerja..

Ok lah..tadi letak tajuk cerita langsir..
Seperti yg Azfa tulis sebelum ni, bisnes kami ialah membekal langsir. Ini termasuklah juga bidai ataupun blind. Kalau datang ke ofis Azfa bolehlah tengok sampel2 kain langsir atau pun blind daripada katalog koleksi yang kami ada. Kami bukan Nagoya, Kamdar mahupun Jakel tetapi..pilihan fabrik kami banyak mungkin lebih daripada sana. Semuanya dalam katalog. Cuba kita tengok sikit..


Emm..itulah sudut katalog pilihan Azfa. Customer akan pilih material untuk langsir mereka daripada katalog2 ni. Material untuk langsir malam "night curtain", langsir siang "day curtain" memang ada banyak pilihan. Nak yang 100% "blackout" ke..atau yang "deem out" ke..sheers ke organza ke..InsyaAllah ada.

Koleksi pilihan Azfa harganya mampu milik. Konsep kami biarlah customer dapat memiliki hiasan dalaman khususnya langsir yang mereka inginkan dengan bajet yang mereka mampu. So biasanya customer akan bagitau kami berapa mereka bajet untuk langsir mereka dan kami cadangkan materialnya..So faktor bajet memang penting untuk semua keadaan.

Ok..katalog yang banyak dalam gambar di atas tu terdiri dari koleksi JOTEX, ANTERO, J DESIGN, P & I, CASH COLLECTION dan beberapa koleksi lain lagi. Tak nampak sangatkan..ok lah

Azfa mempersembahkan wakil2 koleksi di atas...



Setiap katalog tersebut ialah satu set koleksi sesuatu design. Contohnya Jotex.. nama koleksi GARDEN..so di dalamnya terkandung sampel fabrik design tersebut tetapi terdapat dalam 10 pilihan warna..haaa banyak kan. Azfa tunjukkan contohnya..


Ini pun dapat tunjukkan 7 pilihan warna sahaja. Cantikkan. Fikir-fikirkan idea dekorasi rumah anda..apa warna pilihan..Azfa suka warna turquoise. Semua yg warna tu akan nampak cantik!!!


3 comments: