Monday, 30 November 2015

Langsir Eyelet


Blog Azfa kini berwajah baru..teruja sangat rasanya..terima kasih banyak kepada cik designer yang bertungkus lumus menaik taraf  dan mencantikkan blog ini. Anak-anak muda memang minat bab bab komputer ni, tanpa kursus pun mereka boleh design macam-macam, jadi kita berilah peluang untuk mereka mengekspresikan idea mereka. Taklah membuang masa dengan main game atau pun bercatting saja di musim sekolah begini kan.

Arakiannya..hari ini Azfa nak tunjukkan langsir eyelet yang kami dah siap pasang untuk seorang sahabat zaman ITM dulu. Kawan-kawan dan sedara-sedara lah biasanya yang menjadi pelanggan awal apabila sesuatu perniagaan dimulakan. Sokongan mereka membuatkan kita bersemangat untuk lebih maju..dan komen-komen mereka menjadikan kita lebih matang dan memperbaiki kelemahan serta akan meluaskan minda fikiran.

Ramai kawan-kawan Azfa yang telahpun menjadi pelanggan dan pelanggan ulangan yang setia. Untuk kali ini kita tengok langsir jenis Eyelet (kesukaaan ramai masa kini) rumah puan Fj dulu..

Kerja-kerja pemasangan rod besi dan langsir

Fabrik langsir eyelet (langsir malam) yang Fj pilih bercorak bunga penuh. Ini untuk disesuaikan dengan langsir siang sedia ada yang mempunyai warna yang hampir sama.

Maaf ..gambar tak jelas
Kerja-kerja pemasangan ni dilakukan selepas hari raya..tuan rumah kata takpe lepas raya kiranya untuk majlis rumah terbuka lah. Seminggu raya pertama beraya di kampung seperti biasa.

Dah siap

Tali pengikat plain menaikkan seri langsir yang bercorak penuh
Semasa kami pasang langsir ni puan Fj kerja. Jadi anak bujangnya yang "tall, dark and handsome" yang mengawal selia kami. Siap dihidangkan minuman dan kuih raya lagi..
Terima kasih Fj..

                                     



Friday, 27 November 2015

Thursday, 26 November 2015

IKEA Cheras..jom!

IKEA Cheras telah beroperasi..sampai jam teruklah Jalan Cochrane pada hari-hari awal pembukaannya..semua orang teruja nak ke IKEA terbesar di Malaysia ni. Tambahan pula pada masa cuti sekolah ni..bersesak-sesaklah khabarnya untuk mendapatkan parkir..

Azfa baru semalam singgah kat sana..pergi hari biasa setelah beberapa hari dibuka tak jam langsung..tips nya pergilah hari biasa. Pastu dapatkan parkir percuma tapi jangan lupa cop tiket di kaunter pembayaran kalau tak nak bayar RM2. Semalam kami sampai kat sana pukul 11.30 pagi..punyalah luas pukul 3 baru habis..huh memang lenguh kaki berjalan. anak Azfa asyik tengok papan tanda dan tanya ..berapa jauh lagi ni.. exercise kakilah kami 4 beranak..

Katalog terbaru 

Jalan-jalan di IKEA ni untuk dapatkan inspirasi deko dan tengok apa produk terbaru dan julat harga pasarannya. Konsep dalamannya sama macam IKEA Damansara tapi ada seksyen bunga yang lebih besar huh best ni. Bunga hidup dan bunga kering..pasu-pasu..dan banyak lagi. Walaubagaimanapun minat utama Azfa ialah langsir..asyik belek2 langsir je lah..




IKEA selalu beri idea untuk kita memanafaat kan ruang supaya rumah kita kemas dan cantik. Ye lah rumah tak besar, barang banyak, kalau tak pandai menyusun mesti nampak serabut kan.



Apalah yang si dia sedang belek2 tu ye


Sweet sangat sudut ni..

Nanti kat sebelah IKEA akan ada sebuah lagi kompleks membeli belah..MYtown kut namanye ..(masih dalam proses pembinaan) makin happeninglah  Cheras nampak gaya nya..




Dah letih berjalan..nak baliklah..dapat free drinks kat restoren tapi kenalah jadi ahli IKEA Family dulu..hehe macam promoter pulak..ok Bye!



                                                         



Wednesday, 25 November 2015

Kraf Felt untuk anak-anak


Cuti sekolah akhir tahun sudahpun bermula. Seronoknya anak-anak kita dapat bercuti panjang. Yang tinggal di asrama bertambah-tambah lah seronoknya. Dapat tinggal di rumah lama-lama..ganti tidur..menonton tv..bergajet dan sebagainya. Ibubapa pula merancang nak bawa pergi bercutilah..makan-makan sekeluarga nak hantar ke kem motivasi lah dan berbagai agenda lagi.  Namun masih banyak masa terluang anak-anak kita ni..kenalah buat perkara-perkara yang berfaedah. Takkan sepanjang cuti nak tengok tv je kan..

Apa kata kita ajak nak-anak kita berkraftangan. Contohnya kraf daripada kain felt. Kanak-kanak tentu suka. Selain untuk koleksi peribadi ianya boleh dijual kepada kawan-kawan..maknanya mereka juga belajar menjadi usahawan..Azfa berikan contoh yang boleh anak-anak tiru ye..

Boleh cuba rantai kunci si burung hantu

                             

Comel kan pensel burung hantu ni! Cantik dan sesuai untuk dijadikan hadiah. Ini adalah idea deko Cikgu Morni. Tahniah dan teruskan berkarya.

Boleh juga cuba rantai kunci karipap cinta ni..

Banyak lagi perkara yang kita boleh hasilkan daripada felt. Azfa ada sedia kit permulaan untuk belajar menjahit felt ni..sekurang-kurangnya 2 biji karipap cinta dapat dihasilkan daripada kit ini.
Harganya cuma RM 10 termasuk kos pos. 


Oklah setakat ini dulu ye..hari ini hari rabu ada pasar malam di Taman Maluri..so dah lapar ni kena pergi beli makanan dulu..ADIOS!!!




Friday, 20 November 2015

Sudut Rindu Awak 200%




Sibuknya sepanjang minggu akhir persekolahan ni. Macam-macam happening dan kadang-kadang sampai pening. Anak-anak sibuk dengan suka duka keputusan peperiksaan..UPSR, UPSRA..semakan PT3..yang nak naik kelas..hantar buku..dapat buku baru..jamuan pagi petang huhh..kadang-kadang terlupa hari ni jamuan siapa kena bawa apa..

Di saat ini juga rindukan anak-anak yang jauh nun di perantauan,  kecil-kecil lagi merantau ke negeri orang untuk menuntut ilmu. Hebat perjuangan itu. Sekuat semangat di dada mereka..mama di sini menghitung hari bila dapat berkumpul kembali dengan semua anak mama..bak kata orang rindu awak 200%..maybe lebih kut..

Bagaimana mengubat rindu..modul biasa ..emm bila rindu kurenung gambar mu, kesebut namamu nak cal tak boleh.. kena tunggu hujung minggu..nak melawat tak dapatlah selalu ..jauh....Untuk itu  di satu sudut di rumah dan juga di pejabat  wujudlah satu rindu atau sudut sentimental..bila rindu bertandang ada satu sudut untuk melayan perasaan..mungkin hanya koleksi gambar insan-insan tersayang..ataupun koleksi kad dan hadiah yang kita terima daripada mereka..mereka juga tentu rasa dekat di hati kita..


                                       

Sunday, 15 November 2015

Malam Seribu Kenangan

Kenangan di zaman kanak-kanak terutamanya zaman persekolahan  mempunyai tempat yang istimewa di hati kita. Masih melekat di ingatan nama kawan-kawan yang akrab di zaman sekolah rendah dulu. Setiap hari begitu bersemangat untuk ke sekolah bertemu mereka. Nak makan sama-sama, main sama-sama dan macam-macam lagi...emmm  di manalah agaknya sahabat Azfa seperti  Azrina, Shimah, Raihan dan Sarizah. Yang lelaki seperti Ali, Zul, Nazir dan Lan. Yang pasti semuanya sibuk dengan kehidupan masing2..didoakan agar mereka berada di bawah lindungan rahmat yang Esa..amin

Terimbau kenangan sendiri bila malam semalam kami sekeluarga menghadiri jamuan makan malam tahun 6 sekolah anak yang diberi nama Malam 1000 Kenangan. Begitu hebat penganjurannya dan begitu nostalgik acaranya untuk membawa kembali memori mereka selama 6 tahun di SKDP. Vt ditayangkan menggamit kenangan2 bersama anak2 yang diraikan. Mereka ketawa, tersenyum dan begitu riang sekali tambahan pula dengan kehadiran ibubapa yang sentiasa sporting.

Persembahan tarian oleh pelajar-pelajar tahun 6

Pasangan Azfa ( childhood sweetheart)

Tema Merah Hitam

Candy Island yang telah lengang seperti disambar garuda

Dekorasi pentas ilham bersama guru2 dan ibubapa

Zaman Azfa dulu jauh sekali nak diraikan sehebat ini. Apatah lagi bersekolah nun jauh di pendalaman memang tak pernah terlintas di fikiran bab-bab keraian. Tapi syukur alhamdulillah kerana dapat menumpang tuah anak-anak yang dilahirkan dalam arus kemodenan dan berpeluang membesar dan menimba ilmu di sebuah sekolah di bandaraya Kuala Lumpur ini. Semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat.  aminn.

Friday, 13 November 2015

Langsir Bilik Aina Farhana

Time orang pergi solat jumaat ni..kita pun ambil kesempatan selak2 album lama. Banyak sangat memori dalam cpu ..mesti kena 5s ni. Album Langsir Azfa sejak memulakan bisnes ini iaitu dari tahun 2008..dah lama jugak ye..

Maka terjumpalah gambar tahun 2010..bilik pink Cik Aina Farhana kita..cadar, langsir, perabot semuanya pink. girl mestilah obses terhadap warna pink kan. Sama macam anak Azfa macam kecil2 semua nya nak pink..sekarang dah besar dah suka purple pulak! ok2 tengok langsir Aina dulu.





Cerita Blind 1

Kusangka panas hingga ke petang..rupanya hari ini pagi-pagi lagi dah hujan..hujan rahmat hari jumaat.

Bermakna kini telah kembalinya musim hujan dan perginya sang jerebu yang bersusah payah ydatang dari jauh tu,..Alhamdulillah doa2 kita telah dimakbulkan Allah SWT. Selamat dari bencana..anak2 kembali bersekolah dengan aman.. cikgu-cikgu sibuk melaksanakan berbagai program yang telah tergendala dek cuti jerebu.

Sebagai negara bermonsun tropika kita memang telah bersedia dengan fenomena hujan dan panas sepanjang tahun. Tambah-tambah di bandaraya Kuala Lumpur ni..rumah semuanya kategori meninggi ..susah sangat nak nampak rumah baru yang melebar. Kot yang yang ada pun di kawasan terdekat ni rumah -rumah kedutaan dan para diplomat. Jadi kalau rumah yang meninggi tu memang mendapat sinar sang suria yang banyak sangat. Sebab tu lah mereka pasang bidai kayu yang heavy duty tu utk menahan panas dan hujan sepanjang tahun..




Memang dicadangkan pakai bidai kayu supaya tahan lebih lama..sekurang2 nya 5 tahun. Kalau kita beli bidai buluh lazim nya jangka hayat hidupnya tak le lama sangat..sebab kan resam si buluh suka melentur.. 
Emm cuba kita tengok gambar bidai rumah customer Azfa di sebuah negeri jiran terdekat (hehehe)..kategori rumah melebar..





Ada idea baru..nak pasang blind ke? Survey2 lah ye..kami boleh membantu anda..

Thursday, 12 November 2015

Deko Bilik Mesyuarat

Dua minggu lepas,  Azfa dan team pasang skirting di bilik mesyuarat di salah sebuah sekolah hebat di Kuala Lumpur ni..emm cantik sangat skirtingnya..material yang digunakan ialah  'Matte Satin'. Sejenis satin tebal bidang 60 inci yang memang sesuai untuk dekorasi skirting dan juga langsir. Selepas siap pasang skirting..Puan Pengetua pun datang tengok..beliau berpuas hati cumanya kata beliau bunga kat tengah meja tu perlu pembaharuan..ye Azfa pun setuju dengan pendapat beliau. Kat tengah antara meja2 tu ada pasu-pasu bunga yang perlukan nafas baru..


Keesokkan harinya Azfa diminta untuk mencadangkan gubahan baru untuk tujuan 'nafas baru' tersebut. Wah best ni!!!..Cari2 idea la dulu..dari pemerhatian kat tv, majalah, encik G, kak Pin semua jadi rujukan..dan yang best lagi pergi jalan2 kat kedai bunga dapatkan inspirasi dan survey harga bahan2..Jom ikut Azfa...




Haaa best kan ..cantik2 sangat..sejuk mata memandang..tenang jadi fikiran..nak gubah bunga kena study jugak..kalau bunga orkid guna daun apa..bunga daisy hias macam mana..kalau nak guna one side deko macam mana gayanya.. bunga meja macam mana pula ..
semuanya ada harga yang perlu dibayar..+GST huh.

Ok setelah study, propose, quote, discuss dan sebagainya..tadaaa..macam nilah hasilnya..lepas tengok gambar nanti sila beri komen anda,, untuk kemajuan masa depan..terima kasih..AZFA



Puan Pengetua komen pasu2 ni perlu ditinggikankan dan tak nak nampak lantai yang putih tu. So kami terima komen tersebut secara positif dan upgradekan penampilannya ...akhirnya kini pasti!!





SIAP!!





Tuesday, 10 November 2015

Langsir Siang vs Langsir Malam

Hari dah malam ni..tadi dah tertidur sekejap..letih joging..hahaha nampak sangat tak fit kan..

Sebenarnya malam ni Azfa nak tulis tentang langsir siang dan langsir malam..mula-mula dulu Azfa pun tak faham istilah tu..ye lah orang kampung..yang tau tingkap kena boh tirai tu pun bila nak raya ja..(slang kedah) lepas raya buka dan simpan balik.. langsir pun jenis kain yang jarang2 dan berlubang halus tu..pastu gantung pun guna dawai..emm memang tak kisah langsung pun masa tu bab langsir2 ni..

Kemudian masa belajar ITM  tahun 2 duduk asrama sebilik 2 orang. Masa tu lah baru terperasan cantiknya langsir bilik aku..tebalnya kain dia..digantung elok menggunakan railing  aluminium. Tapi setakat tu je lah..tak terfikir pun apa nama langsir tu ..dan kini buat bisnes langsir pulak..

Ok pertama Langsir siang...Azfa dah tunjuk gambar dalam post sebelum ni kan..itu koleksi yang guna sheers semata-mata. Selalu rumah orang sekarang guna kedua-duanya..malam tutup langsir malam yang kat depan yang tebal tu..bila siang ikat ke tepi dan langsir siang yang bertugas pulak..Langsir malam dan siang bekerjasama mencantikkan kediaman ataupun pejabat kita..sementelah rekabentuk bangunan sekarang yang banyak berdinding cermin..

Langsir malam..yang tebal kat depan tu lah yang depa kata 'night curtain' tu...

Jom tengok album lah..







Cantikkan gandingan kerjasama langsir siang dan malam..ada yang berkenan?

Monday, 9 November 2015

Deko Deko dan Deko lagi

ISNIN hari penuh semangat..

keje sendiri lah dikatakan..macam2 semangat ada..
Nak folow up proposal ..nak cal customer minta confirmation color la..design la..nak set appointment la ..dan yang penting sekali nak check payment dah ada ke belum..

So dalam diari tak ada istilah 'Monday Blues'..nak malas2 plan2 nak MC on monday ohh tidak sekali..sentiasa kena ingat keberkatan tu penting dalam mencari rezeki..so jangan malas2 ye..

Hari ni memang hari deko..emm dari pagi sampai ke petang..mula2 gubah bunga..pastu nak deko hamper pulak..

Ofis Azfa ni macam kebun bunga..sana sini bunga..bunga plastik je lah..untung sangat ada kawan macam kak Pin sentiasa memberikan idea2 yang cool..siapa  kak Pin? oooh sape lagi kak PINTEREST le..

Jom tengok bunga Azfa




Sunday, 8 November 2015

Santai Ahad

Hari Ahad datang lagi..selamat berhari minggu untuk kita semua..
Hari cuti begini tentu banyak aktiviti kan..ada yang nak mengemas rumah serta menDEKOrasikannya..berkebun bunga bagi yang rumah bertanah..memasak masakan kegemaran sang suami dan anak2 serta bersantai menghilangkan stress!

Untuk yang masih muda belia tentu nak berlibur atau setidak tidaknya window shopping!! Bestnya.. ulang sekali lagi WINDOW SHOPPING!!

Ok..sebelum anda semua berwindow shopping kat luar tak kira yang muda ataupun dewasa..AZFA nak ajaklah menjamu mata dengan beberapa koleksi gambar langsir Azfa. Mungkin boleh memberi inspirasi untuk projek masa hadapan..




Koleksi ini menggunakan 'Sheers' sepenuhnya atau langsir siang je..sesuai untuk bilik2 yang memerlukan banyak pencahayaan dan sudah tentu bukannya bilik tidur!


Saturday, 7 November 2015

Cerita Langsir

Hari ni Sabtu 7 Nov 2015..
Hari cuti bagi kebanyakan yang bekerja makan gaji..Azfa tak cuti..tiap2 hari kerja. Cumanya tak le masuk ofis awal macam biasa. Kerja sendiri mana boleh cuti..sebab kita yang nak bayar gaji. Otak sentiasa kena kerja..

Ok lah..tadi letak tajuk cerita langsir..
Seperti yg Azfa tulis sebelum ni, bisnes kami ialah membekal langsir. Ini termasuklah juga bidai ataupun blind. Kalau datang ke ofis Azfa bolehlah tengok sampel2 kain langsir atau pun blind daripada katalog koleksi yang kami ada. Kami bukan Nagoya, Kamdar mahupun Jakel tetapi..pilihan fabrik kami banyak mungkin lebih daripada sana. Semuanya dalam katalog. Cuba kita tengok sikit..


Emm..itulah sudut katalog pilihan Azfa. Customer akan pilih material untuk langsir mereka daripada katalog2 ni. Material untuk langsir malam "night curtain", langsir siang "day curtain" memang ada banyak pilihan. Nak yang 100% "blackout" ke..atau yang "deem out" ke..sheers ke organza ke..InsyaAllah ada.

Koleksi pilihan Azfa harganya mampu milik. Konsep kami biarlah customer dapat memiliki hiasan dalaman khususnya langsir yang mereka inginkan dengan bajet yang mereka mampu. So biasanya customer akan bagitau kami berapa mereka bajet untuk langsir mereka dan kami cadangkan materialnya..So faktor bajet memang penting untuk semua keadaan.

Ok..katalog yang banyak dalam gambar di atas tu terdiri dari koleksi JOTEX, ANTERO, J DESIGN, P & I, CASH COLLECTION dan beberapa koleksi lain lagi. Tak nampak sangatkan..ok lah

Azfa mempersembahkan wakil2 koleksi di atas...



Setiap katalog tersebut ialah satu set koleksi sesuatu design. Contohnya Jotex.. nama koleksi GARDEN..so di dalamnya terkandung sampel fabrik design tersebut tetapi terdapat dalam 10 pilihan warna..haaa banyak kan. Azfa tunjukkan contohnya..


Ini pun dapat tunjukkan 7 pilihan warna sahaja. Cantikkan. Fikir-fikirkan idea dekorasi rumah anda..apa warna pilihan..Azfa suka warna turquoise. Semua yg warna tu akan nampak cantik!!!


Friday, 6 November 2015

AZFA NIAGA

Salam Jumaat semua..
Hari yang penuh berkat..mudah-mudahan kita tergolong di kalangan hamba-hamba yang dilimpahi dengan keberkatan itu..

Semalam je kita baru berkenalan.. itu pun cuma menghulurkan salam..tak kenal sangat pun kan. So hari ini kita nak perkenalkan diri pula ye..

AZFA NIAGA ialah sebuah syarikat bumiputera yang beroperasi di Kuala Lumpur. Aktiviti utama atau main bisnes ialah menjalankan kerja-kerja membekal dan memasang langsir serta kerja-kerja berkaitan dengannya. Pelanggan kami termasuklah individu, jabatan kerajaan dan juga organisasi swasta. Dari kerja-kerja mengukur, pilihan fabrik dan eksesorinya, menjahit sehinggalah kerja-kerja pemasangan...semuanya kami buat. Nanti kita akan kongsi kan kerja-kerja yang kita selesaikan tu..