Tempahan langsir kini dibuka...
hubungi kami segera!!!
Monday, 4 April 2016
Friday, 25 March 2016
Roller Blind pun cantik!
Assalamualaikum semua..
Sekarang ni kan musim panas melanda negara kita..sana sini orang bercerita tentang kepanasan. Macam mana nak lindungi diri dari strok haba, keselamatan anak-anak sekolah dan berbagai lagi. Di sini Azfa nak kongsikan gambar-gambar blind atau bidai yang boleh kita gunakan untuk melindungi atau mengurangi pancaran matahari ke dalam kediaman ataupun pejabat kita..
Jom layan!!
Ok ada yang berkenan boleh hubungi Azfa 0133978971. Ada banyak lagi pilihan dari koleksi terkini..
Thursday, 18 February 2016
Langsir Rumah Baru
Assalamualaikum..lama tidak bertemu kita ye..sedar tak sedar bulan Februari dah nak masuk minggu terakhir. Tak lama lagi bulan Mac akan tiba. Cuti sekolah pulak ye. Ada yang merancang cuti ke atau merancang kenduri..kenduri pengantin baru atau kenduri rumah baru..jangan lupa jemput ye!
Minggu lepas Azfa pasang langsir di rumah 'sentuhan' baru seorang sahabat lama. Sahabat masa zaman menuntut di ITM dulu. Dah hampir 30 tahun usia persahabatan kami. Macam tak percaya pun ada..Sambil2 pasang langsir borak-boraklah kami. Dari cerita zaman muda2 dulu hinggalah kisah anak2 kami. Seronok sangat!
Di sini Azfa ingin ucapkan ribuan terima kasih pada Shila dan suami kerana memilih kami untuk pasang langsir baru di rumah mereka. Ni dah kali yang kedua. Terima kasih sekali lagi. Kita sharekan gambar langsir2 tu kat sini ye Shila..
![]() |
| Langsir 2 tone pilihan Shila |
![]() |
| 2 tone bila ditutup |
![]() |
| Purple langsir bilik utama |
![]() |
| Sejuk mata memandang |
![]() |
| Bumga-bunga pun cantik |
![]() |
| Bilik sang teruna |
![]() |
| Bidai jenis 'venetian' pilihan untuk dapur basah |
![]() |
| Gerbang dapur guna sheers saja..cantik kan |
Friday, 29 January 2016
Hamper Aktiviti Sekolah
Salam Jumaat n apa kabar semua? Sekejap saja kita dah di hujung bulan Januari. Sibuk ke kawan-kawan semua. Azfa masih sibuk dengan perihal sekolah. Alhamdulillah semalam dapat berita gembira n rezeki daripada Allah sebenarnya. Puteri kami berjaya mendapat tempat untuk PKP di MRSM Tun Ghaffar Baba, Jasin, Melaka. Alhamdulillah syukur sangat2. Dari Pulau Pinang beraleh ke Melaka pulak. Walaubagaimanapun ada juga ujian untuk kami lalui, anak ketiga yang tingkatan satu belum berjaya untuk mendapat tempat di kelas kawalan. Masih belum ada kekosongan katanya. Takpa mesti teruskan berusaha..Insya Allah. Dalam sibuk gitu2 adalah juga dapat job hamper untuk aktiviti sekolah anak bongsu. Sempena kem pengawas PK KoKu telah menempah hamper dengan Azfa. Jom tengok!
![]() |
Wednesday, 20 January 2016
Hari Kraf tak lama lagi
Event tahunan yang Azfa join ialah HKK atau nama penuhnya Hari Kraf Kebangsaan. Tahun ini ia bakal berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula 26 Feb - 4 Mac 2016. Khabarnya yang terakhir berlangsung di situ, tahun depan akan berpindah ke tempat lain. Ke mana tidak pasti lagi..jadi kami akan bersama2 lah dengan usahawan2 kraf yang lain berkampung selama 2 minggu di Kompleks Kraf untuk kali yang terakhir..isk macam sedih pulak.
Tahun 2016 ni merupakan tahun ketiga Azfa join HKK selepas berdaftar sebagai usahawan Kraftangan Malaysia. Di HKK berbagai aktiviti ada..jualan hasil kraf, demonstrasi pembuatan produk, pameran, pertandingan kesenian dsbnya.
Di sini Azfa nak kongsikan gambar2 gerai semasa HKK pertama dulu. Seperti biasa Azfa menjual produk hiasan dalaman berasaskan tekstil dan juga sulaman reben. So awal2 Azfa jemput semua ke HKK 2016 (terakhir di Conlay) ni ye..
![]() |
| susun dulu |
![]() |
| tiap-tiap hari ubah gaya deko |
![]() |
| pembantu yang sangat rajin |
![]() |
| Sarung kusyen sulaman reben |
![]() |
| Apron merupakan produk paling laris |
![]() |
| The best moment!! |
Tuesday, 5 January 2016
Langsir Makmal Sekolah
Selamat Tahun Baru 2016 untuk semua. Mulakan tahun baru ini dengan penuh semangat. Sekolahpun kembali ceria dengan riuh rendah anak-anak muridnya. Cikgu-cikgu kembali sibuk dengan tugasan dan target tahun baru.
Di sini Azfa nak kongsikan gambar langsir makmal sekolah yang kami siapkan pada tahun lepas. Untuk makmal langsirnya mestilah gelapkan. So sekolah memilih hitam untuk semua makmal.
Di sini Azfa nak kongsikan gambar langsir makmal sekolah yang kami siapkan pada tahun lepas. Untuk makmal langsirnya mestilah gelapkan. So sekolah memilih hitam untuk semua makmal.
Servis kami termasuk membekal tekstil, menjahit, memasang langsir serta railingnya. Langsir siap dengan tali pengikat yang dijahit dengan velcro.
Monday, 28 December 2015
Sarung Kerusi
Dekorasi dalaman banyak cabangnya..merangkupi tingkap, dinding, kemasan lantai dan termasuklah juga kerusi meja. Kerusi yang comot ke cacat sikit ke boleh di "re-upholstery" atau pun kita sarungkan saje..Macam orang..pakai baju cantik mesti nampak cantikkan..
Hemm..nampak seperti baru!
![]() |
| Meja santapan Umi |
![]() |
| Kredit untuk Puan Zana |
![]() |
| untuk pejabat |

Semoga menjadi inspirasi tahun baru ye!
Deko Hamper
![]() |
| Belajar gubah reben dulu |
![]() | ||
Xcited sungguh! Susun barang dalam bakul pulak..![]() Reben berperanan penting menyerikan hamper..
|
![]() |
| "Fruit Basket" |
![]() |
| Hamper Raya |
Saturday, 19 December 2015
Indahnya Bkt Tinggi Pahang
Cuti sekolah masih terbakim dua minggu lagi. Esok dah rancangan ke nak buat apa. Kat Malaysia kita banyak tempat menarik lagi indah untuk kita lawati. Mungkin boleh ke Bukit Tinggi ..bukan yang di Sumatera nun. kat Pahang je..kalau dari Kuala Lumpur lebih kurang satu jam saja. Tempatnya nyaman..menenangkan dan pastinya hilang stressss.
![]() |
| Suasana di Colmar Tropicale..ala Perancis |
![]() |
| Ada yang buat majlis alumni di sini..emm bestnye |
![]() |
| Jam pun bahasa Perancis |
![]() |
| Kuda Malaysia |
Kat Bukit Tinggi ada Taman Jepun..boleh sewa Kimono @RM20. Pandai stafnya carikan kimono yang sesuai dengan warna tudung kita.
![]() |
| Osyin |
Lagi satu tarikan kat Bukit Tinggi ni ialah Taman Arnab. Selain arnab terdapat juga beberapa jenis binatang kecil yang lain seperti rusa, kancil dan lain-lain.

Boleh dipertimbangkan ke cadangan ini?
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































