Friday 29 January 2016

Hamper Aktiviti Sekolah

Salam Jumaat n apa kabar semua? Sekejap saja kita dah di hujung bulan Januari. Sibuk ke kawan-kawan semua. Azfa masih sibuk dengan perihal sekolah. Alhamdulillah semalam dapat berita gembira n rezeki daripada Allah sebenarnya. Puteri kami berjaya mendapat tempat untuk PKP di MRSM Tun Ghaffar Baba, Jasin, Melaka. Alhamdulillah syukur sangat2. Dari Pulau Pinang beraleh ke Melaka pulak. Walaubagaimanapun  ada juga ujian untuk kami lalui,   anak ketiga yang tingkatan satu belum berjaya untuk mendapat tempat di kelas kawalan. Masih belum ada kekosongan katanya. Takpa mesti teruskan berusaha..Insya Allah. Dalam sibuk gitu2 adalah juga dapat job hamper untuk aktiviti sekolah anak bongsu. Sempena kem pengawas PK KoKu telah menempah hamper dengan Azfa. Jom tengok!








No comments:

Post a Comment