Event tahunan yang Azfa join ialah HKK atau nama penuhnya Hari Kraf Kebangsaan. Tahun ini ia bakal berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula 26 Feb - 4 Mac 2016. Khabarnya yang terakhir berlangsung di situ, tahun depan akan berpindah ke tempat lain. Ke mana tidak pasti lagi..jadi kami akan bersama2 lah dengan usahawan2 kraf yang lain berkampung selama 2 minggu di Kompleks Kraf untuk kali yang terakhir..isk macam sedih pulak.
Tahun 2016 ni merupakan tahun ketiga Azfa join HKK selepas berdaftar sebagai usahawan Kraftangan Malaysia. Di HKK berbagai aktiviti ada..jualan hasil kraf, demonstrasi pembuatan produk, pameran, pertandingan kesenian dsbnya.
Di sini Azfa nak kongsikan gambar2 gerai semasa HKK pertama dulu. Seperti biasa Azfa menjual produk hiasan dalaman berasaskan tekstil dan juga sulaman reben. So awal2 Azfa jemput semua ke HKK 2016 (terakhir di Conlay) ni ye..
|
susun dulu
|
|
tiap-tiap hari ubah gaya deko
|
|
pembantu yang sangat rajin
|
|
Sarung kusyen sulaman reben |
|
Apron merupakan produk paling laris
|
|
The best moment!! |
No comments:
Post a Comment