Bulan Ogos dan September ni banyak aktiviti yg dijalankan terutamanya di universiti2. Ini bersempena dgn kemasukan pelajar baru bagi sesi pengajian 2016/17. Tentu sekali berbagai aktiviti dijalankan utk tujuan perkenalan kepada dunia kampus yg baru dan utk mengeratkan silaturrahim antara pelajar baru dan lama...dunia pelajar tu dah lama Azfa tinggalkan tapi Alhamdulillah sekarang dapat jadi pembekal kepada universiti. Sempena minggu orentasi di sebuah kolej kediaman dlm sebuah universiti ternama dptlah peluang Azfa bekalkan hamper dan beberapa barangan lagi seperti kek coklat kek cheese yg sedap sangat tu...tkasih kepada yg menempah
Tuesday, 20 September 2016
Friday, 13 May 2016
Hadiah Hari Guru
Bulan Mei setiap tahun memang happening. Banyak sambutan dan keraian pada bulan ini. Hari Ibu, Hari Jururawat, Hari lahir Puteri saya, Hari Ulangtahun Perkahwinan saya, Hari lahir dan hari kematian bonda saya yang tercinta juga jatuhnya pada bulan Mei.,,,sedih..
Bersempena hari yang hebat-hebat ini apa hadiah nak beri kepada insan-insan tersayang. Selain daripada bawa mereka keluar makan mesti ada hadiah lainkan. Cuba tengok2 gambar hasil sulaman reben kami, mungkin boleh beri idea untuk dijadikan hadiah pada sambutan tahun ini. Jom layan!!!
Bersempena hari yang hebat-hebat ini apa hadiah nak beri kepada insan-insan tersayang. Selain daripada bawa mereka keluar makan mesti ada hadiah lainkan. Cuba tengok2 gambar hasil sulaman reben kami, mungkin boleh beri idea untuk dijadikan hadiah pada sambutan tahun ini. Jom layan!!!
Macam-macam ada..ada yang berkenan? Hubungi kami 0133978971
Wednesday, 11 May 2016
Langsir Dewan Sekolah
Assalamualaikum semua..hari ini Azfa mencuri peluang yang ada untuk berkongsi sesuatu di blog ini. Azfa dah beberapa kali diberi kepercayaan untuk memasang langsir di dewan2 sekolah. Dewan tertutup..dewan terbuka..bilik seminar dan sebagainya. Jadi di sini Azfa kongsikan gambar-gambar yang ada yang mungkin memberi sedikit inspirasi kepada anda yang mengikuti Azfa.
Ok. Kalau ada yang terinspirasi Alhamdulillah. Kalau berminat untuk menggunakan perkhidmatan kami, sila hubungi Azfa 013 3978971. Terima kasih.
| Dewan terbuka |
| Holding Room kat sebelah dewan |
| Dewan seminar/peperiksaan |
| Pintu pun ada langsir |
| Dewan terbuka |
| Dewan besar Multi-Function |
| Langsir tertinggi ni |
| Ta da...tinggi kan |
Ok. Kalau ada yang terinspirasi Alhamdulillah. Kalau berminat untuk menggunakan perkhidmatan kami, sila hubungi Azfa 013 3978971. Terima kasih.
Monday, 4 April 2016
Friday, 25 March 2016
Roller Blind pun cantik!
Assalamualaikum semua..
Sekarang ni kan musim panas melanda negara kita..sana sini orang bercerita tentang kepanasan. Macam mana nak lindungi diri dari strok haba, keselamatan anak-anak sekolah dan berbagai lagi. Di sini Azfa nak kongsikan gambar-gambar blind atau bidai yang boleh kita gunakan untuk melindungi atau mengurangi pancaran matahari ke dalam kediaman ataupun pejabat kita..
Jom layan!!
Ok ada yang berkenan boleh hubungi Azfa 0133978971. Ada banyak lagi pilihan dari koleksi terkini..
Thursday, 18 February 2016
Langsir Rumah Baru
Assalamualaikum..lama tidak bertemu kita ye..sedar tak sedar bulan Februari dah nak masuk minggu terakhir. Tak lama lagi bulan Mac akan tiba. Cuti sekolah pulak ye. Ada yang merancang cuti ke atau merancang kenduri..kenduri pengantin baru atau kenduri rumah baru..jangan lupa jemput ye!
Minggu lepas Azfa pasang langsir di rumah 'sentuhan' baru seorang sahabat lama. Sahabat masa zaman menuntut di ITM dulu. Dah hampir 30 tahun usia persahabatan kami. Macam tak percaya pun ada..Sambil2 pasang langsir borak-boraklah kami. Dari cerita zaman muda2 dulu hinggalah kisah anak2 kami. Seronok sangat!
Di sini Azfa ingin ucapkan ribuan terima kasih pada Shila dan suami kerana memilih kami untuk pasang langsir baru di rumah mereka. Ni dah kali yang kedua. Terima kasih sekali lagi. Kita sharekan gambar langsir2 tu kat sini ye Shila..
![]() |
| Langsir 2 tone pilihan Shila |
![]() |
| 2 tone bila ditutup |
![]() |
| Purple langsir bilik utama |
![]() |
| Sejuk mata memandang |
![]() |
| Bumga-bunga pun cantik |
![]() |
| Bilik sang teruna |
![]() |
| Bidai jenis 'venetian' pilihan untuk dapur basah |
![]() |
| Gerbang dapur guna sheers saja..cantik kan |
Friday, 29 January 2016
Hamper Aktiviti Sekolah
Salam Jumaat n apa kabar semua? Sekejap saja kita dah di hujung bulan Januari. Sibuk ke kawan-kawan semua. Azfa masih sibuk dengan perihal sekolah. Alhamdulillah semalam dapat berita gembira n rezeki daripada Allah sebenarnya. Puteri kami berjaya mendapat tempat untuk PKP di MRSM Tun Ghaffar Baba, Jasin, Melaka. Alhamdulillah syukur sangat2. Dari Pulau Pinang beraleh ke Melaka pulak. Walaubagaimanapun ada juga ujian untuk kami lalui, anak ketiga yang tingkatan satu belum berjaya untuk mendapat tempat di kelas kawalan. Masih belum ada kekosongan katanya. Takpa mesti teruskan berusaha..Insya Allah. Dalam sibuk gitu2 adalah juga dapat job hamper untuk aktiviti sekolah anak bongsu. Sempena kem pengawas PK KoKu telah menempah hamper dengan Azfa. Jom tengok!
![]() |
Wednesday, 20 January 2016
Hari Kraf tak lama lagi
Event tahunan yang Azfa join ialah HKK atau nama penuhnya Hari Kraf Kebangsaan. Tahun ini ia bakal berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula 26 Feb - 4 Mac 2016. Khabarnya yang terakhir berlangsung di situ, tahun depan akan berpindah ke tempat lain. Ke mana tidak pasti lagi..jadi kami akan bersama2 lah dengan usahawan2 kraf yang lain berkampung selama 2 minggu di Kompleks Kraf untuk kali yang terakhir..isk macam sedih pulak.
Tahun 2016 ni merupakan tahun ketiga Azfa join HKK selepas berdaftar sebagai usahawan Kraftangan Malaysia. Di HKK berbagai aktiviti ada..jualan hasil kraf, demonstrasi pembuatan produk, pameran, pertandingan kesenian dsbnya.
Di sini Azfa nak kongsikan gambar2 gerai semasa HKK pertama dulu. Seperti biasa Azfa menjual produk hiasan dalaman berasaskan tekstil dan juga sulaman reben. So awal2 Azfa jemput semua ke HKK 2016 (terakhir di Conlay) ni ye..
![]() |
| susun dulu |
![]() |
| tiap-tiap hari ubah gaya deko |
![]() |
| pembantu yang sangat rajin |
![]() |
| Sarung kusyen sulaman reben |
![]() |
| Apron merupakan produk paling laris |
![]() |
| The best moment!! |
Tuesday, 5 January 2016
Langsir Makmal Sekolah
Selamat Tahun Baru 2016 untuk semua. Mulakan tahun baru ini dengan penuh semangat. Sekolahpun kembali ceria dengan riuh rendah anak-anak muridnya. Cikgu-cikgu kembali sibuk dengan tugasan dan target tahun baru.
Di sini Azfa nak kongsikan gambar langsir makmal sekolah yang kami siapkan pada tahun lepas. Untuk makmal langsirnya mestilah gelapkan. So sekolah memilih hitam untuk semua makmal.
Di sini Azfa nak kongsikan gambar langsir makmal sekolah yang kami siapkan pada tahun lepas. Untuk makmal langsirnya mestilah gelapkan. So sekolah memilih hitam untuk semua makmal.
Servis kami termasuk membekal tekstil, menjahit, memasang langsir serta railingnya. Langsir siap dengan tali pengikat yang dijahit dengan velcro.
Subscribe to:
Posts (Atom)





































