Friday 29 January 2016

Hamper Aktiviti Sekolah

Salam Jumaat n apa kabar semua? Sekejap saja kita dah di hujung bulan Januari. Sibuk ke kawan-kawan semua. Azfa masih sibuk dengan perihal sekolah. Alhamdulillah semalam dapat berita gembira n rezeki daripada Allah sebenarnya. Puteri kami berjaya mendapat tempat untuk PKP di MRSM Tun Ghaffar Baba, Jasin, Melaka. Alhamdulillah syukur sangat2. Dari Pulau Pinang beraleh ke Melaka pulak. Walaubagaimanapun  ada juga ujian untuk kami lalui,   anak ketiga yang tingkatan satu belum berjaya untuk mendapat tempat di kelas kawalan. Masih belum ada kekosongan katanya. Takpa mesti teruskan berusaha..Insya Allah. Dalam sibuk gitu2 adalah juga dapat job hamper untuk aktiviti sekolah anak bongsu. Sempena kem pengawas PK KoKu telah menempah hamper dengan Azfa. Jom tengok!








Wednesday 20 January 2016

Hari Kraf tak lama lagi

Event tahunan yang Azfa join ialah HKK atau nama penuhnya Hari Kraf Kebangsaan. Tahun ini ia bakal berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula 26 Feb - 4 Mac 2016. Khabarnya yang terakhir berlangsung di situ, tahun depan akan berpindah ke tempat lain. Ke mana tidak pasti lagi..jadi kami akan bersama2 lah dengan usahawan2 kraf yang lain berkampung selama 2 minggu di Kompleks Kraf untuk kali yang terakhir..isk macam sedih pulak.

Tahun 2016 ni merupakan tahun ketiga Azfa join HKK selepas berdaftar sebagai usahawan Kraftangan Malaysia. Di HKK berbagai aktiviti ada..jualan hasil kraf, demonstrasi pembuatan produk, pameran, pertandingan kesenian dsbnya.

Di sini Azfa nak kongsikan gambar2 gerai semasa HKK pertama dulu. Seperti biasa Azfa menjual produk hiasan dalaman berasaskan tekstil dan juga sulaman reben. So awal2 Azfa jemput semua ke HKK 2016 (terakhir di Conlay) ni ye..

susun dulu
tiap-tiap hari ubah gaya deko
pembantu yang sangat rajin
                                     
Sarung kusyen sulaman reben
                                                 
Apron merupakan produk paling laris
                                                      
The best moment!!
                                                       




Tuesday 5 January 2016

Langsir Makmal Sekolah

Selamat Tahun Baru 2016 untuk semua. Mulakan tahun baru ini dengan penuh semangat. Sekolahpun kembali ceria dengan riuh rendah anak-anak muridnya. Cikgu-cikgu kembali sibuk dengan tugasan dan target tahun baru.

Di sini Azfa nak kongsikan gambar langsir makmal sekolah yang kami siapkan pada tahun lepas. Untuk makmal langsirnya mestilah gelapkan. So sekolah memilih hitam untuk semua makmal.




Servis kami termasuk membekal tekstil, menjahit, memasang langsir serta railingnya. Langsir siap dengan tali pengikat yang dijahit dengan velcro.