Monday 31 October 2016

Bila Bunga-bunga Berkembangan

Pejam celik pejam celik dah nak habis tahun 2016 ni. Pantas sungguh masa berlalu..target tahun ni dah achieve ke..kalau belum ada 2 bulan lagi..teruskan berusaha ye..

Bila bunga2 berkembangan..kembang di mana..kembang kat beg la..hujung2 tahun ni byk acara atau majlis keraian diadakan..majlis perpisahan la terutamanya..contohnya malam seribu kenangan..malam gala..majlis makan malam tahunan..bermacam2 malamlah yg diraikan. So bunga2 Azfa yg kembang di beg tu akan ke salah satu majlis itulah.

Ditempah oleh seorang guru yg pernah beli beg Azfa masa HKK di kompleks kraf Jln Conlay. So kali ni beliau tempah 10 biji utk hadiah. Terima kasih cikgu..harap cikgu berpuas hati dengan hasil kerja dan servis kami ye. Terima kasih daun keladi..










Tuesday 20 September 2016

Hamper Aktiviti

Bulan Ogos dan September ni banyak aktiviti yg dijalankan terutamanya di universiti2. Ini bersempena dgn kemasukan pelajar baru bagi sesi pengajian 2016/17. Tentu sekali berbagai aktiviti dijalankan utk tujuan perkenalan kepada dunia kampus yg baru dan utk mengeratkan silaturrahim antara pelajar baru dan lama...dunia pelajar tu dah lama Azfa tinggalkan tapi Alhamdulillah sekarang dapat jadi pembekal kepada universiti. Sempena minggu orentasi di sebuah kolej kediaman dlm sebuah universiti ternama dptlah peluang Azfa bekalkan hamper dan beberapa barangan lagi seperti kek coklat kek cheese yg sedap sangat tu...tkasih kepada yg menempah 









Friday 13 May 2016

Hadiah Hari Guru

Bulan Mei setiap tahun memang happening. Banyak sambutan dan keraian pada bulan ini. Hari Ibu, Hari Jururawat, Hari lahir Puteri saya, Hari Ulangtahun Perkahwinan saya, Hari lahir dan hari kematian bonda saya yang tercinta juga jatuhnya pada bulan Mei.,,,sedih..

Bersempena hari yang hebat-hebat ini apa hadiah nak beri kepada insan-insan tersayang. Selain daripada bawa mereka keluar makan mesti ada hadiah lainkan. Cuba tengok2 gambar hasil sulaman reben kami, mungkin boleh beri idea untuk dijadikan hadiah pada sambutan tahun ini. Jom layan!!!














Macam-macam ada..ada yang berkenan?  Hubungi kami 0133978971




Wednesday 11 May 2016

Langsir Dewan Sekolah

Assalamualaikum semua..hari ini Azfa mencuri peluang yang ada untuk berkongsi sesuatu di blog ini. Azfa dah beberapa kali diberi kepercayaan untuk memasang langsir di dewan2 sekolah. Dewan tertutup..dewan terbuka..bilik seminar dan sebagainya. Jadi di sini Azfa kongsikan gambar-gambar yang ada  yang mungkin memberi sedikit inspirasi kepada anda yang mengikuti Azfa.



Dewan terbuka


Holding Room kat sebelah dewan


Dewan seminar/peperiksaan



Pintu pun ada langsir


Dewan terbuka


Dewan besar Multi-Function


Langsir tertinggi ni

Ta da...tinggi kan

Ok. Kalau ada yang terinspirasi Alhamdulillah. Kalau berminat untuk menggunakan perkhidmatan kami, sila hubungi Azfa 013 3978971. Terima kasih.

Friday 25 March 2016

Roller Blind pun cantik!

Assalamualaikum semua..

Sekarang ni kan musim panas melanda negara kita..sana sini orang bercerita tentang kepanasan. Macam mana nak lindungi diri dari strok haba, keselamatan anak-anak sekolah dan berbagai lagi. Di sini Azfa nak kongsikan gambar-gambar blind atau bidai yang boleh kita gunakan untuk melindungi atau mengurangi pancaran matahari ke dalam kediaman ataupun pejabat kita..

Jom layan!!





Ok ada yang berkenan boleh hubungi Azfa 0133978971. Ada banyak lagi pilihan dari koleksi terkini..

Thursday 18 February 2016

Langsir Rumah Baru


Assalamualaikum..lama tidak bertemu kita ye..sedar tak sedar bulan Februari dah nak masuk minggu terakhir. Tak lama lagi bulan Mac akan tiba. Cuti sekolah pulak ye. Ada yang merancang cuti ke atau merancang kenduri..kenduri pengantin baru atau kenduri rumah baru..jangan lupa jemput ye!

Minggu lepas Azfa pasang langsir di rumah 'sentuhan' baru seorang sahabat lama. Sahabat masa zaman menuntut di ITM dulu. Dah hampir 30 tahun usia persahabatan kami. Macam tak percaya pun ada..Sambil2 pasang langsir borak-boraklah kami. Dari cerita zaman muda2 dulu hinggalah kisah anak2 kami. Seronok sangat!

Di sini Azfa ingin ucapkan ribuan terima kasih pada Shila dan suami kerana memilih kami untuk pasang langsir baru di rumah mereka. Ni dah kali yang kedua. Terima kasih sekali lagi. Kita sharekan gambar langsir2 tu kat sini ye Shila..

Langsir 2 tone pilihan Shila

2 tone bila ditutup

Purple langsir bilik utama
Sejuk mata memandang
                                                                                                         
Bumga-bunga pun cantik
                                               
Bilik sang teruna
Bidai jenis 'venetian' pilihan untuk dapur basah
                                                   
Gerbang dapur guna sheers saja..cantik kan
                                                         



Friday 29 January 2016

Hamper Aktiviti Sekolah

Salam Jumaat n apa kabar semua? Sekejap saja kita dah di hujung bulan Januari. Sibuk ke kawan-kawan semua. Azfa masih sibuk dengan perihal sekolah. Alhamdulillah semalam dapat berita gembira n rezeki daripada Allah sebenarnya. Puteri kami berjaya mendapat tempat untuk PKP di MRSM Tun Ghaffar Baba, Jasin, Melaka. Alhamdulillah syukur sangat2. Dari Pulau Pinang beraleh ke Melaka pulak. Walaubagaimanapun  ada juga ujian untuk kami lalui,   anak ketiga yang tingkatan satu belum berjaya untuk mendapat tempat di kelas kawalan. Masih belum ada kekosongan katanya. Takpa mesti teruskan berusaha..Insya Allah. Dalam sibuk gitu2 adalah juga dapat job hamper untuk aktiviti sekolah anak bongsu. Sempena kem pengawas PK KoKu telah menempah hamper dengan Azfa. Jom tengok!








Wednesday 20 January 2016

Hari Kraf tak lama lagi

Event tahunan yang Azfa join ialah HKK atau nama penuhnya Hari Kraf Kebangsaan. Tahun ini ia bakal berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula 26 Feb - 4 Mac 2016. Khabarnya yang terakhir berlangsung di situ, tahun depan akan berpindah ke tempat lain. Ke mana tidak pasti lagi..jadi kami akan bersama2 lah dengan usahawan2 kraf yang lain berkampung selama 2 minggu di Kompleks Kraf untuk kali yang terakhir..isk macam sedih pulak.

Tahun 2016 ni merupakan tahun ketiga Azfa join HKK selepas berdaftar sebagai usahawan Kraftangan Malaysia. Di HKK berbagai aktiviti ada..jualan hasil kraf, demonstrasi pembuatan produk, pameran, pertandingan kesenian dsbnya.

Di sini Azfa nak kongsikan gambar2 gerai semasa HKK pertama dulu. Seperti biasa Azfa menjual produk hiasan dalaman berasaskan tekstil dan juga sulaman reben. So awal2 Azfa jemput semua ke HKK 2016 (terakhir di Conlay) ni ye..

susun dulu
tiap-tiap hari ubah gaya deko
pembantu yang sangat rajin
                                     
Sarung kusyen sulaman reben
                                                 
Apron merupakan produk paling laris
                                                      
The best moment!!