Sunday, 11 July 2021

Langsir Rumah Pengantin Baru

Tahniah kepada Farah dan pasangannya Raqib yg telah melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun 2016 yg lalu. Terima kasih kerana turut menjemput kami ke majlis resepsi yang penuh gemilang yg diadakan di sebuah dewan di Ampang, Kuala Lumpur. Berbunga-bunga hati mempelai yg bagai pinang dibelah dua itu.

Awal tahun ini kami sekali lagi berterima kasih kepada bonda Farah yg meminta kami hiaskan tingkap2 di rumah pengantin baru tu.. Syukur sangat kerana Puan Faridah sangat mengingati Azfa dalam bab2 hiasan dalaman ni.


Untuk projek kali ni Azfa ada banyak gambar yg boleh dikongsikan sebab ada jurufoto ikut sekali. so jomlah kita tengok proses memasang langsir jenis eyelet di rumah Farah dan Raqib.

Sesi ukur mengukur


Sebelum pemasangan rod & railing

Dah siap pasang, kami happy


Pengantin lagilah happy 10 kali ganda

1 comment: