Monday, 28 December 2015

Sarung Kerusi

Dekorasi dalaman banyak cabangnya..merangkupi tingkap, dinding, kemasan lantai dan termasuklah juga kerusi meja. Kerusi yang comot ke cacat sikit ke boleh di "re-upholstery" atau pun kita sarungkan saje..Macam orang..pakai baju cantik mesti nampak cantikkan..




Hemm..nampak seperti baru! 

Meja santapan Umi

Kredit untuk Puan Zana

untuk pejabat


                                                  


Semoga menjadi inspirasi tahun baru ye!

                                     





Deko Hamper


Bila tengok hamper yang digubah cantik dan eksklusif membuatkan Azfa begitu teruja untuk mempelajari ilmunya. Maka pada awal tahun yang lalu Azfa pun masuk kelas hamper ( sehari je) untuk berguru dengan yang arif dengan bayaran yang boleh tahan juga le. Bayar mahal2 mesti belajar bersungguh-sungguh dan menafaatkan ilmu tersebut. Jom tengok gambar belajar deko hamper..

Belajar gubah reben dulu

Xcited sungguh! Susun barang dalam bakul pulak..



Reben berperanan penting menyerikan hamper..


Akhirnya..selepas sehari belajar dapatlah ilmunya..hamper tu tak dapat tau..

Wah semangat berkobar-kobar lah selepas dah dapat ilmu. Alhamdulillah berkat kursus tersebut kini kami selalu mendapat tempahan hamper. Kami buat hamper ikut kesesuaian dan kehendak pelanggan. Untuk event-event student ke family day ke ataupun hamper korporat. Kalau nak belajarpun boleh jugak. Knock-knock ye..macam kata ET n FT..





"Fruit Basket" 
Hamper Raya





Saturday, 19 December 2015

Indahnya Bkt Tinggi Pahang


Cuti sekolah masih terbakim dua minggu lagi. Esok dah rancangan ke nak buat apa. Kat Malaysia kita banyak tempat menarik lagi indah untuk kita lawati. Mungkin boleh ke Bukit Tinggi ..bukan yang di Sumatera nun. kat Pahang je..kalau dari Kuala Lumpur lebih kurang satu jam saja. Tempatnya nyaman..menenangkan dan pastinya hilang stressss.


Suasana di Colmar Tropicale..ala Perancis

                                             
Ada yang buat majlis alumni di sini..emm bestnye

Jam pun bahasa Perancis

Kuda Malaysia




Kat Bukit Tinggi ada Taman Jepun..boleh sewa Kimono @RM20. Pandai stafnya carikan kimono yang sesuai dengan warna tudung kita.




Osyin


Lagi satu tarikan kat Bukit Tinggi ni ialah Taman Arnab. Selain arnab terdapat juga beberapa jenis binatang kecil yang lain seperti rusa, kancil dan lain-lain.


                                                  



Boleh dipertimbangkan ke cadangan ini?





Hadiah Korporat : Selendang Batik Lukis

Salam hujung minggu!

Di sini Azfa nak kongsikan gambar-gambar desain selendang batik yang dilukis tangan untuk sebuah IPTA. Desainnya bermotifkan flora dan fauna di negara kita.














Selendang-selandang tersebut dibungkus rapi dalam kotak berlogo. Ianya sangat sesuai sebagai hadiah kepada pelawat-pelawat.
Semarakkan kraf kebanggaan kita. Jom kita saling membantu membangunkan ekonomi negara!

Sunday, 6 December 2015

Bunga Hiasan Meja

Hujung minggu begini, mungkin ramai yang membelek-belek pokok2 bunga di taman. Tapi kalau takde taman takpe jom kita belek bunga2 hiasan yang kita gubah..jom!













Variasi jambangan bunga untuk hiasan meja..